Apr 6, 2013

Tiada jawapan.

Sekian lamanya terbiar medan ini..
Medan membakar diri?
Skali lagi perasaan ini sntiasa membunuh dirii..
Aku sendiri tidak pasti kenapa masih berlubuk lagi perasaan ini?
Mengapa mash aku hendak berlari apabila dicari?
Adakala kita masih boleh bergelak ketawa bersama..
Adakala kita masih boleh keluar bersama.
Adakala bila bersama masih boleh bertindak seperti biasa?
Adakala bila jauh kita sperti tidak pernah kenal antara kita?
Dan kau menjadikan aku yg boleh 'bertindak biasa' di hdpn rakan-rakan yg lain sebagai jalan..
Jalan untuk kau masih boleh berhubung dgn aku?
Aku sedar kau tidak mahu memutuskan persahabatan ini begitu saja..
Aku juga sedar aku juga bukan siapa siapa..
Aku sedar aku sepatutnya tidak ada  rasa ini dari mula..
Tinggal rasa penyesalan dr dalam ini memang tiada guna lagi..
Maafkan aku kerana seringkali mengabai panggilan telefon atau sms dari kau?
Mungkin kau takkan pernah mengerti rasa ini..
Dan mungkin aku juga tidak memahami tindakan kau?
Pemikiran kau?
Tidak terduga semua itu..
Mungkin aku sememangnya hanya persinggahan sementara sewaktu kau sedang jatuh..
Hadir ketika waktu itu..
Kita bertemu pada waktu yg salah?
Pasti. Dan sememangnya salah sejak dulu lagi..
Kenapa begitu berat hendak dibuang rasa ini?
Kenapa sms dan gambar masih belum ku buang hingga kini?
Kenapa harus aku masih bodoh begini?
Dan kenapa disaat aku yakin aku mampu berkawan dgn kau mesti wujud perkara yg membuatkn aku hanya menipu diri?
Dan kau...
Takkan pernah mengerti lagi...